× -bahasa-

×

view_list1.png Artikel     view_masonry.png Galeri     view_list2.png Video    
×
  • url:
×
×
×
8 0 0 0 0 0
8
   ic_mode_light.png

Chicken Pox (Cacar Air) Kering Dalam 5 Hari.

Chicken Pox Kering Dalam 5 Hari.
si anak bongsu berumur setahun setengah dijangkiti Chicken Pox (Cacar Air). Mula lah risau sebab dia masih kecil lagi dan adiknya baru saja lahir. Yang paling runsing, tak dapatlah nak beraya? haha. Jadi saya mula melakarkan plan cara merawat anak dirumah.
Tapi sebelum tu, tahu tak apa itu chicken pox?

Chicken Pox (Cacar air) adalah jangkitan sejenis virus (makhluk sangat halus). Penyakit ini, sangat mudah merebak. Dengan infection rate setinggi 90%, ia merebak melalui cecair seperti bersin batuk dan lepuhan. Tanda2 penyakit akan mula kelihatan, hanya selepas 10-20hari virus berkampung dalam badan kita. Simptom2 awal selalunya demam, lemah2 badan, selsema kemudian bintik2 merah kecil yang berubah jadi lepuhan berair jernih lalu pecah dan kering meninggalkan kerak keruping. Penyakit ini akan sembuh dalam masa 7 hingga 14 hari insyaallah.

Tanda pertama yg saya perasan pada anak saya ialah satu benjolan merah seperti gigitan semut di tapak kaki. Saya pun pelik, sebab dia jalan macam biasa. Esoknya maknya kata, anak tak selera makan. Lepastu balik dari kerja, dapat kejutan bila nampak bintik2 merah dgn gelembung2 kecil di dada. Abangnya pandai nak bagitahu kat ayahnya, "Daddy, Sofiyyah kene gigit chicken dance". Mencanak lah daddy cari ubat.

Kami agak was2 dari segi keselamatan untuk bagi sirap aciclovir (sejenis drug antiviral yg efektif untuk chicken pox) pada anak yg masih bawah 2 tahun.
Jadi kami memilih untuk rawat cara alternatif. Alhamdulillah berkesan dan sangat cepat kering.

Pada chicken pox ada 3 masalah yg perlu perhatian
-Jangkitan virus
-Anak yg stress
-Kulit rosak

Cara saya merawat

Untuk bunuh virus dan menguatkan daya tahan badan saya gunakan:
1. Kunyit, bawang putih, rempah eg Oregano, rosemary.
Banyakkan masak gunakan kunyit dan bawang putih seperti masak singgang, letak dlm bubur etc. sementara tengah sakit sampai sembuh.

2. Daun semambu atau Neem leaf.
Sejenis tumbuhan yg sangat penting dlm perubatan Ayurveda sejak beribu tahun dahulu. Saya tak jumpa sabun neem, tapi pokoknya ada terpacak depan rumah. Petua ni dapat dari jiran makcik India. Caranya, daun semambu dijadikan air mandian setiap hari, lebih baik dicampur dgn kunyit hidup. Kemudian daun2 yg bersih dan segar di jadikan alas tempat anak tidur, biar kulit terdedah pada daun. Air rebusannya boleh buat air minum. Saya cuma beri 1ml campur madu hanya 3 kali sahaja sebab dah beransur pulih. [*Neem Oil is not the same as leaf infusion; it is more potent and should not be given to kids. Hanya sapu dibahagian ruam shj]

3. Bunga emas-perak /honeysuckle flower.
Saya beli dari kedai sensei. Bunga ini, seperti semambu adalah antara ubat tradisional cina khas untuk chicken pox. Caranya, bunga kering itu direbus untuk jadi air minuman seperti teh bunga dan mandian. Saya berikan pada anak saya 2ml 3x dgn madu dan buat mandi.

3. Minyak kelapa dara.
Selain disapukan pada kulit, saya beri dia minum setiap hari. Kalau masak lauk berlemak santan pun bagus jugak. Minyak kelapa mengandungi bahan2 yg membunuh "makhluk2 halus" ni. Sangat sihat dan selamat untuk diamalkan

4. Vitamin C.
Anak saya kurang selera tapi alhamdulillah dia berminat makan buah. Antara buah2an yg tinggi kandungan vitamin C adalah jambu batu, kiwi dan buah naga. Simpan dlm peti ais makan sejuk2 lagi dia suka. Memang rutin dia makan buah waktu sarapan, makan tengah hari, petang dan malam. Selain dari itu, boleh juga cuba sodium ascorbate powder or natural vitamin C powder seperti camu camu. Personally saya tak mengambil flavette dan redoxon kerana tidak berminat dengan kandungan gula tiruan aspartame didalamnya.

Untuk menangani anak stress sebab gatal menggaru hingga merengek2 dan tak dapat tidur:
5. Baking Soda
Mudah dan murah, saya baru tahu baking soda sudah lama digunakan untuk masalah kulit. Caranya ambil sepertiga cawan baking soda dan gaulkan dengan sedikit air sehingga jadi cream seperti bedak sejuk. Kemudian bubuh pada ruam dan lepuhan. Bila sudah kering, bilas dgn air bersih. Cara lain..

6. Oat bath
Secawan Serbuk oat dicampur dgn air mandian hingga jadi air susu putih. Saya campurkan sikit baking soda dan bagi anak berendam dalam besen untuk beberapa minit, kemudian bilas.

Memang saya sangat terkejut dgn efek mandian oat dan sapuan baking soda. Anak kurang menggaru dan happy bermain. Ia satu alternatif untuk calamine. Satu lagi tip yg bagi saya amat membantu..

7. Essential oil
Sudah setahun kami amalkan penggunaan essential oil. Kegunaannya amat meluas. Antaranya ia melegakan demam, sakit perut, anti keradangan, sakit otot, sakit kepala dan membunuh kuman. Essential oil yg saya gunakan untuk sikecil ni ialah lavender.
Lavender sinonim dgn ketenteraman. Minyak lavender banyak khasiatnya terutama sekali untuk kanak2 sakit. Saya gunakan essential oil lavender yg telah di "dilute" dengan minyak kelapa dara setiap kali lepas mandi. Anak saya sangat suka bila diurut satu badan, dia akan jadi lalok gitu dan terus tidur. Selain dari itu minyak2 ini sangat membantu untuk memulihkan kulit2 rosak dan hilangkan parut. Saya juga ada campur setitis Oregano oil kerana sifat penghalau "makhluk halus". Pastikan essential oil yg digunakan adalah organic therapeutic grade, bukannya sintetik. Nak bubuh kat anak kecil mesti pastikan ia selamat.

8. Homeopathy
Saya amat berminat cara rawatan homeopathy yg begitu individualistik dan selamat untuk kanak-kanak. Contohnya walaupun adik beradik yg mempunyai diagnosis penyakit yg sama, rawatan ubat yg diberi tidak sama, mengikut simptom masing2. Homeopathy juga merawat secara holistik. Dos yg diberi sangat kecil namun sudah mencukupi. Contoh anak saya, bila dia demam sambil merengek, saya beri aconite dan pulsatilla. Bila lepuhan dan menggaru semakin banyak, saya beri Rhus Tox. Dinasihatkan untuk memilih doktor homeopathy yg bertauliah jika berminat merawat guna kaedah ini.

Extra tips
-air
kerap beri air kosong supaya air sentiasa cukup dlm badan. Ia membantu melancarkan proses2 melawan penyakit dlm tubuh dan menyejukkan badan.

-selera makan
kalau anak tak selera makan, jangan putus asa beri apa yg boleh. Kalau boleh hirup sup2, beberapa suapan buah2an pun dah bagus. Waktu sakit, sistem penghadaman ambil MC, jadi pilih makanan yg nutrisi tinggi tapi mudah dihadam, seperti puree, bone broth, sup tulang, sup singgang, jus buah, buah sejuk, bubur, etc. Bagi anak saya yang belum sampai dua tahun ni, dia lebih minat minum susu ibunya. Virus hanya akan lebih cepat mati dengan nutrisi yg bagus. Mengambil makanan process, tiada nutrisi dan gula tinggi seperti air bergas 100Plus, milo, maggi, biskut, roti tidak akan membantu malah akan membebankan hati dan buah pinggang kerana banyak bahan sintetik.

-air kelapa.
Ada yg kata jangan bagi awal2, ada yg suruh bagi terus supaya cepat keluar semua. Saya tak pasti mechanisme dia macamana tapi yg saya tahu air kelapa ada bahan yg membunuh virus. Bagi anak saya, saya bagi terus sebab pada hari pertama lepuhan sangat banyak. Walaupun dia minum, tidak lah terus keluar sebanyak-banyaknya. Tapi untuk kes kakak dia dulu yg lepuhannya keluar sikit2, saya langsung tak bagi air kelapa. Kulit dia pulih slow and steady. Jadi air kelapa selalunya saya reserve pada kanak2 yg dah besar sikit. Boleh bagi selepas hari ke 5 keatas.

-air mandian
Jangan mandi dgn air yg sangat panas sebab ini boleh mengeringkan kulit dan membuatkan kulit lagi gatal. Air suam sudah mencukupi. Sabun pun amat mengeringkan. Tak guna sabun lebih baik. Lepas mandi lumurkan dgn minyak tadi.

-madu
Mengandungi pembunuh kuman, memberi tenaga, menguatkan badan dan pemanis yg disukai ramai. Saya berikan pada anak saya beberapa kali sehari bersama minyak kelapa dan herba lain dgn bantuan picagari.

-pakaian
Saya perasan bila pakai baju lengan panjang dan seluar panjang, dia kurang menggaru. Memakai baju longgar dan berangin dari cotton pun membantu.

-kuatkan imuniti keluarga.
Disebabkan kadar jangkitan sangat tinggi, amat mudah virus ini membawa penyakit pada ahli keluarga lain. Jadi adik beradik lain termasuk maknya pun ikut program pemakanan bunuh virus dan menguatkan daya tahan badan seperti diatas. Alhamdulillah, abang dia yg berumur 4 tahun masih sihat lagi. Yang lebih menakjubkan lagi, adik kecil dia yg berumur 20 hari sekarang, membesar dgn sihat. (Bagaimana Allah beri perlindungan pada baby, akan dikongsikan dlm post seterusnya insyaallah)

Alhamdulillah penerimaan Sofiyyah Hannah sangat menggalakkan, dan menjaga dia sangat mudah. Sepanjang "sakit" dia masih boleh menari2 gelak tawa happy dgn kakak abang dia. Tapi maknya kata setiap kali saya balik kerja, dia berlakon jadi tenat??
Hari keempat nampak ruam mula kurang dan kering dengan izinNya. Selera makan bertambah.
#copas

❮ sebelumnya
selanjutnya ❯
ArtikelinfoduniaFlora dan FaunaKesehatanTrik dan tipsTutorial
+
<<
login/register to comment
×
  • ic_write_new.png expos
  • ic_share.png rexpos
  • ic_order.png urutan
  • sound.png malsa
  • view_list2.png listHD
  • ic_mode_light.png light
× rexpos
    ic_posgar2.png tg.png wa.png link.png
  • url:
× urutan
ic_write_new.png ic_share.png ic_order.png sound.png view_list2.png ic_mode_light.png ic_other.png
+