× -language-

×

view_list1.png Article     view_masonry.png Gallery     view_list2.png Videos    
×
  • url:
×
×
×
7 0 0 0 0 0
7
   ic_mode_light.png

Jenis-jenis ujian rumahtangga

Jenis-jenis ujian dlm rumahtangga...

1. Ujian Mertua

- Tak semua org memiliki mertua yg baik...ada yg terpaksa berhadapan dgn mertua yg selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...utk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kpd suami, suami juga nampak dan faham dgn situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya utk tidak berbuat sedemikian pd isterinya...jika org tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dgn mertua utk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan org tuanya, suami xnak dgr dan minta isteri jgn buat mcm tu sedangkan apa yg dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami xnak faham dan memilih utk menyebelahi org tuanya 100%...utk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yg menentukan brapa lama hubungan itu akan bertahan...

2. Ujian Ipar

- Tak semua org juga memiliki ipar yg baik...ada pasangan, yg mempunyai ipar yg suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yg mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dgn tujuan utk menyampaikan perkara itu kpd seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kpdnya...ipar mengawal rumahtangga abgnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yg dipanggil dengki...

3. Ujian Kewangan

- Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dlm beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yg diperolehi hanya utk perbelanjaan seorang, tp kini berdua...apa yg suami mkn, isteri mkn...apa yg suami pakai, isteri pakai...segala2nya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yg akan bergaduh sbb kewangan walaupun kedua2nya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sgt2 penting bg memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...

4. Ujian Anak

- Expectation yg ada dlm setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dpt zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dgn segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia utk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar ttg anak ini ialah pertanyaan yg tiada hentinya drpd mereka yg berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yg akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...

5. Ujian Kecurangan

- Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita btol2 tahu luar dlm pasangan masa kita berkawan dgnnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dgnnya...dia mgkin ada mengenali org lain sebelum berkahwin dgn kita, dia mgkin rapat dgn rakan sepejabatnya atau dia mgkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dgn org2 ini sgtlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir kalam, ada pasangan yg mampu menempuhi kesemua ujian2 yg dinyatakan, ada yg x...bg yg berjaya, mgkin skrg mereka dah bahagia...bagi yg tidak, mgkin skrg mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yg ada utk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t...
.
Kredit : Firdaus Shakirin

❮ previous
next ❯
Artikelinfodunia
+
<<
login/register to comment
×
  • ic_write_new.png expos
  • ic_share.png rexpos
  • ic_order.png order
  • sound.png malsa
  • view_list2.png listHD
  • ic_mode_light.png light
× rexpos
    ic_posgar2.png tg.png wa.png link.png
  • url:
× order
ic_write_new.png ic_share.png ic_order.png sound.png view_list2.png ic_mode_light.png ic_other.png
+